aboutus-image

Tentang Kami

Sungai Long Specialist Hospital adalah sebuah hospital swasta yang terletak di Bandar Sungai Long, Selangor, dengan misi untuk menyediakan rawatan dan pengalaman perubatan yang baik untuk pesakit kami.

Kami adalah sebahagian daripada ICG Healthcare Group dari empat hospital dengan yang lain di Batu Pahat, Johor, Teluk Intan, Perak, dan Kota Bharu, Kelantan. Kami juga merancang untuk membina atau mengambil alih hospital-hospital lain pada masa akan datang.

Hospital kami memnpunyai enam tingkat, yang menempatkan peralatan diagnostic canggih termasuk MRI 1.5T, CT scan 128 Multi Slice, Ultrasound, X-ray, Mamogram dan makmal perubatan yang diiktiraf sepenuhnya.

Kami mempunyai Pakar Perunding yang berpengalaman dalam pelbagai bidang untuk memenuhi keperluan perubatan anda, termasuk Pakar Perubatan (Pakar Perubatan Dalaman), Pakar Gastroenterologi & Hepatologi, Pakar Bedah Am, Pakar Bedah Ortopedik, Pakar Otorinolaringologi (ENT), Pakar Oftalmologi (Pakar Mata), Pakar Pediatrik, Pakar Obstetrik & Ginekologi (Pakar Wanita), Pakar Neurologi, Pakar Reumatologi, Pakar Nefrologi, Pakar Perubatan Dada, Pakar Psikiatri dan Pakar Psikologi.

Bangunan hospital kami kini mempunyai 64 katil berlesen, serta dilengkapi dengan Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Pengimejan, Bilik Endoskopi, Pusat Jagaan Harian (Daycare), Makmal Perubatan, Jabatan Fisioterapi dan pelbagai kemudahan lain.

Kepakaran Kami

Ear, Nose & Throat Surgery

Pembedahan Telinga, Hidung & Tekak


Pakar kami dalam bidang Otorinolaringologi (Telinga, Hidung dan Tekak) mempunyai rekod yang sangat baik dalam merawat pelbagai jenis keadaan Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Leher.

Baca Lebih Lanjut

PROMOSI / PAKEJ

Doktor

Perlukan Doktor untuk Pemeriksaan?

Buat Temu Janji & Anda Selesai!

Buat temujanji

Insurance Panel List

aia
great eastern
allianz
etiqa
prudential
mi care
medi express
pm care
asia asistance

whatsapp
0
appointment